Aliff Syukri calonkan diri sebagai Perdana Menteri ke-9 - Utusan Malaysia

Aliff Syukri calonkan diri sebagai Perdana Menteri ke-9

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menyatakan hasratnya untuk memohon jawatan sebagai Perdana Menteri ke-9 bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menerusi entri Instagram, dia memuat naik satu borang permohonan jawatan tersebut yang lengkap diisi mengenai butiran peribadinya.

Sehubungan itu, dia turut memohon doa warganet agar segala urusannya membuat permohonan tersebut dipermudahkan.

“Kalau ada rezeki tak kemana, Doakan semuanya dipermudahkan,” coretnya ringkas.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, hasratnya itu mengundang pelbagi reaksi warganet termasuklah ibunya sendiri, Bonda Rozita.

“Ha ha ha bongoklah Kri, cari pasal kena kecam. Mak orang pertama akan memberontak,” tulisnya di ruangan komen.

Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin sah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.

Perkara itu dimaklumkan beliau pada satu sidang media di pejabatnya di Putrajaya, yang turut disiarkan secara langsung di pelbagai platform telekomunikasi, termasuk televisyen dan media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya