“Alhamdulillah, terima kasih atas doa-doanya’ - Wawa Zainal hamil anak ke-4 - Utusan Malaysia

“Alhamdulillah, terima kasih atas doa-doanya’ – Wawa Zainal hamil anak ke-4

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Wawa Zainal mengumumkan dia kini sedang hamil anak ke-4.

Wawa berkongsi khabar gembira itu menerusi Instastorynya baru-baru ini.

“Alhamdulillah, terima kasih atas doa-doanya dan saya doakan semoga sesiapa sahaja yang masih iktihar hamil semoga dipermudahkan dan semoga satu hari nanti anda pun merasa dapat zuriat sendiri,” katanya.

Terdahulu, Wawa sempat berkongsi semula imbasan berkomputer bayi dalam kandungannya yang lebih dahulu dimuat naik menerusi Instagram suaminya yang juga pelakon, Aeril Zafrel.

Aeril menerusi Instagramnya turut berkongsi khabar gembira itu bersama pengikut dan peminatnya.

“Alhamdulillah ya Allah, doa dimakbulkan dapat cahaya mata nombor empat. Tinggal nak satu sahaja lagi.

“Doakan semoga dipermudahkan urusan isteri saya bersalin tidak lama lagi. Doa yang baik-baik ya, terima kasih semua.

“Semoga Wawa Zainal sentiasa dalam lindungannya. Terima kasih sayang, jangan tutup kilang dulu ya,” tulisnya panjang.

Wawa berkahwin dengan Aeril ketika usianya mencecah 21 tahun manakala Aeril ketika itu berusia 24 tahun.

Hasil perkongsian hidup, pasangan bahagia ini telah dikurniakan tiga cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya