Aktiviti kuari bukan punca kepala air    - Utusan Malaysia

Aktiviti kuari bukan punca kepala air   

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor menyerahkan cek bayaran faedah Perkeso kepada Ranida Ahmad di Kampung Sedaka, Yan, Kedah, hari ini. - UTUSAN/MOHD. RAFIE AZIMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Fenomena kepala air di Gunung Jerai yang mengorbankan empat mangsa dan dua  masih hilang setakat ini bukan berpunca daripada aktiviti kuari di Merbok, dekat sini.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor malah menyifatkan dakwaan yang timbul di media sosial itu sebagai tidak masuk akal.

“Aliran air ini berasal dari puncak gunung manakala kuara itu pula berada di bahagian bawah. Kalau nak kata semua air yang menyebabkan kejadian ini berpunca dari kuari, itu memang tak masuk akal.

“Saya tak tahu macam mana pihak tertentu boleh kaitkan benda (kuari) yang berada di kaki gunung sebagai punca tragedi kepala air,” katanya selepas mengadakan kunjungan ke rumah seorang mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian itu, Sharuzi Mohammad, 52, di Kampung Sedaka, Yan hari ini.

Sharuzi yang merupakan pekerja Jerai Hill Resort meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh akibat fenomena kepala air di Gunung Jerai semalam.

Muhammad Sanusi turut menyerahkan faedah pengurusan mayat dan faedah orang tanggungan dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada balu Sharuzi, Ranida Ahmad, 47.

Muhammad Sanusi menambah, kejadian yang menimpa Sharuzi dalam kejadian runtuh ketika dalam perjalanan balik bekerja bekerja di jalan Gunung Jerai membuktikan dakwaan yang mengaitkan dengan kuari tersebut langsung tidak benar.

“Kemalangan melibatkan Sharuzi ini pun berlaku di kawasan tinggi. Jadi tak mungkinlah kuari tersebut menjadi puncanya,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Besar berkata, beliau akan mengadakan pertemuan bersama Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) pada malam ini bagi membincangkan mengenai pengairan dan sumber air di Gunung Jerai.

“Kita minta pihak kementerian untuk menjalankan pembaikan kepada saluran yang rosak, jambatan dan beberapa perkara berkaitan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya