Aktivis masyarakat tidak mengaku fitnah pegawai polis - Utusan Malaysia

Aktivis masyarakat tidak mengaku fitnah pegawai polis

AKTIVIS masyarakat, Phan Sow Sun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini atas pertuduhan memfitnah seorang pegawai polis melalui laman sosial Facebook pada Mac lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Seorang aktivis masyarakat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memfitnah seorang pegawai polis melalui laman sosial Facebook pada Mac lalu.

Tertuduh, Phan Sow Sun, 50, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd. Zaki Abdul Rahman.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memfitnah Inspektor R. Kunes Raw dengan menularkan tiga video menerusi pautan Facebook.

Video itu mengandungi tohmahan terhadap Kunes Raw iaitu salah guna kuasa dan tinggal di sebuah rumah kira-kira dua hingga tiga tahun tanpa perjanjian sewa yang akan merosakkan nama pegawai polis berkenaan.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah unit, Tower B, Kondominium BM City, di sini kira-kira pukul 7 pagi pada 26 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau dengan denda atau kedua-dua sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya M. Kalaivaanan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya membenarkan Sow Sun diikat jamin sebanyak RM2,500 sementara menunggu sebutan semula kes pada 29 September depan.

Sementara itu, Sow Sun menarik perhatian apabila turut merakam menggunakan telefon pintarnya kumpulan wakil media yang membuat liputan mengenai kesnya itu di mahkamah berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya