Akibat kluster keagamaan, penduduk Felda Jenderak Utara kena PKPD - Utusan Malaysia

Akibat kluster keagamaan, penduduk Felda Jenderak Utara kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lebih 3,300 penduduk di Felda Jenderak Utara di Pahang bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Khamis hingga 1 September ini iaitu lokaliti terletak di Kuala Krau, Temerloh.

Ia berpunca kluster keagamaan daripada seorang warga tempatan berusia 56 tahun dari Felda Jengka 25, yang positif Covid-19 pada 7 Ogos lalu dan kemudian menjangkiti 60 orang.

Skim tanah rancangan Persekutuan itu sudah pun dilaksanakan PKPD sejak 12 Ogos lalu disebabkan Kluster Lorong Baiduri daripada penduduk yang bekerja di Maran.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rodzi Md. Saad berkata, satu lagi lokaliti di negeri tersebut yang turut dikenakan PKPD ialah di Ladang Selbourne, Mukim Gua, Lipis dan selebihnya sembilan lokaliti di Sabah antaranya Taman Ria Height, Tawau; Kompleks Baiduri Ayu, Felda Sahabat 9, Lahad Datu dan Perumahan Pekerja Ladang Moynod 1, Beluran.

“Juga di Beverly Hills Fasa 3 dan Regency Park, Penampang; Kampung Kuala Abai dan Kampung Payas-Payas, Kota Belud serta Kampung Iburu dan Kampung Meligan, Sipitang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Rodzi memaklumkan hanya satu lokaliti yang dikenakan PKPD disambung lagi sehingga 25 Ogos melibatkan Felda Tersang 1, 2 dan 3 dalam Daerah Raub, Pahang ekoran Kluster Jalan Batu Malim selain lokaliti ini juga pernah dikenakan PKPD dari 27 Mei sehingga 15 Jun lalu.

Bagaimanapun jelas beliau, Felda Krau 1 ditamatkan PKPD di samping lapan lokaliti lain di tiga negeri berbeza, antaranya di Terengganu iaitu di Taman Rakyat Bestari Fasa 1 sehingga 4 dan Rumah Awam Kos Rendah 1 hingga 2 di Kemaman serta seluruh Mukim Manir, Kuala Terengganu.

Di Kelantan, Kampung Banggol Pak Esah, Mukim Bukit Abal, Jajahan Pasir Puteh juga berakhir esok dan baki empat lokaliti pula terletak di sekitar Sabah melibatkan Kampung Banjar, Keningau; Kem 3 Sibulu, Tenom; Depot Tahanan Imigresen, Tawau dan Penampang Baru, Penampang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya