Ahmad Sarji masuk ICU kerana Covid-19 - Utusan Malaysia

Ahmad Sarji masuk ICU kerana Covid-19

AHMAD SARJI ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Cheras kerana komplikasi penyakit virus Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM) dalam hantaran Facebook itu semalam.

“Adalah dimaklumkan Pengerusi PGM, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid telah dimasukkan ke ICU Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia kerana komplikasi Covid-19.

“Kami memohon kepada anda semua mendoakan untuk kesihatan Tun agar beliau cepat sembuh dan menjalani kesihatan yang baik,” kata hantaran itu.

Ahmad Sarji merupakan Ketua Setiausaha Negara dari tahun 1990 hingga 1996 iaitu ketika era pentadbiran Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Selepas bersara, beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB). – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN