PETALING JAYA: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang sebelum ini dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri, bertaraf Menteri, semasa era Tan Sri Muhyiddin Yassin kini diberi tugas baharu.
Dalam pengumuman senarai Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.
Beliau menggantikan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang bertukar sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.