[KEMAS KINI] 'Yes, Ismail (Ismail Sabri Yaakob) calon PM' - Utusan Malaysia

[KEMAS KINI] ‘Yes, Ismail (Ismail Sabri Yaakob) calon PM’

PRN Johor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) secara konsensus sebulat suara menyokong untuk menamakan seorang calon Perdana Menteri sahaja dari UMNO untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, esok.

Perkara itu dinyatakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin ketika ditemui media sebentar tadi.

ZAHIDI Zainul Abidin ketika ditemui media di lobi Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur. – UTUSAN/AFIQ RAZALI

“Calon dipilih itu bersih dan diterima rakyat dan calon tersebut dicadang pengerusi BN,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Ahli Parlimen BN di Menara Dato’ Onn malam ini.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan nama calon tersebut, sebaliknya menyerahkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk menjelaskannya.

“Calon tu kena tanya Presiden, yang penting calon dari UMNO yang bersih, sebulat suara kita setuju. Kita beri kepercayaan kepada Presiden untuk memaklumkan nama calon, dan calon dicadangkan ialah yang diterima rakyat,” katanya.

Namun, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman secara jelas mendedahkan calon yang dipilih BN adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

TAJUDDIN Abdul Rahman mengesahkan UMNO memilih Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri. – UTUSAN/AFIQ RAZALI

“Yes (Ismail),” katanya ringkas bagi menjawab soalan media yang bertanya adakah calon yang dimaksudkan itu Ismail Sabri.

Menyokong kenyataan Tajuddin, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said turut mengesahkan calon Perdana Menteri tunggal yang dipilih BN adalah Ismail Sabri.

“Ya, secara teknikalnya beliau adalah pemimpin tertinggi selepas Presiden dan merupakan Pengerusi BNBBC, sebelum ini dia juga adalah seorang Timbalan Perdana Menteri. Daripada itu, beliau dilihat calon yang lebih layak pada kita.

“Jadi kita harapkan yang terbaik,” katanya.

AZALINA Othman Said ditanya media mengenai perjalanan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn. – UTUSAN/AFIQ RAZALI
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya