Agong sertai operasi mencari anggota tentera lemas di Kampung Batu Bor, Bera - Utusan Malaysia

Agong sertai operasi mencari anggota tentera lemas di Kampung Batu Bor, Bera

AL-SULTAN ABDULLAH Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyantuni Nur Aqila Safuan selepas Seri Paduka mencemar duli menyertai operasi mencari anggota tentera daripada 10 Briged Para, Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa yang dipercayai lemas selepas hilang di Sungai Pahang di Kampung Batu Bor di Bera, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mencemar duli menyertai operasi mencari anggota tentera 10 Briged Para yang dipercayai lemas selepas hilang di Sungai Pahang Kampung Batu Bor di sini.

Turut serta mengiringi Seri Paduka, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain.

Seri Paduka menyertai operasi itu kira-kira satu jam, namun, Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa masih belum ditemukan sehingga pukul 7 petang ini.

Ketika menyantuni isteri mangsa, Nur Aqila Safuan, 22, Al-Sultan Abdullah bertitah, kerajaan akan menjaga kebajikannya dan anak tunggal mereka, Naura Ayesha yang berusia sembilan bulan.

Yang di-Pertuan Agong turut menasihatkan Nur Aqila dan keluarga terdekat supaya bersabar menerima dugaan berat tersebut yang mana ia merupakan ketentuan Allah SWT.

Seri Paduka juga menitahkan supaya diadakan solat hajat supaya usaha pencarian mangsa berjalan lancar.

Semalam, Tentera Darat mengesahkan Mohamad Azrin yang merupakan anggota tinjau dari pasukan Kompeni Pandura (Para) dipercayai lemas selepas hilang di Sungai Pahang.

Semasa kejadian kira-kira pukul 4.40 petang itu, mangsa sedang melaksanakan latihan taktikal menyeberangi sungai di sekitar Kampung Batu Bor di Bera.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, seramai 166 anggota pelbagai agensi termasuk orang kampung melakukan pencarian pada hari pertama kejadian.

Menurutnya, pencarian pada hari ketiga membabitkan radius tujuh kilometer sehingga ke jambatan Chenor.

Tambah beliau, pelbagai kaedah pencarian digunakan tetapi sehingga hari mangsa masih belum ditemukan.

“Pihak bomba turut menggunakan dua alat pengesan yang didatangkan khas dari Kuala Lumpur. Pencarian dihentikan pukul 7 malam hari ini dan akan disambung semula esok,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya