Agong, Raja Permaisuri Agong zahir takziah kepada keluarga Tun Sakaran Dandai - Utusan Malaysia

Agong, Raja Permaisuri Agong zahir takziah kepada keluarga Tun Sakaran Dandai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Tun Sakaran Mohd. Hashim Dandai yang meninggal dunia pagi tadi.

Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka berdua amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham kepada masyarakat dan negara.

“Seri Paduka berdua turut menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada negara dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama para solihin,” titah Seri Paduka berdua seperti disiarkan Istana Negara.

Tun Sakaran Dandai yang merupakan bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Sakaran Dandai, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Gleneagles pada usia 91 tahun.

Allahyarham yang berasal dari Semporna, berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-8 dari tahun 1995 hingga 2002.

Sebelum itu, Allahyarham pernah menjadi Ketua Menteri Sabah ke-8 pada 1994.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya