Ada pihak rakus merebut kuasa - Muhyiddin - Utusan Malaysia

Ada pihak rakus merebut kuasa – Muhyiddin

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rayuan ikhlas dari jutaan rakyat Malaysia agar beliau meneruskan tugas dan tidak meletak jawatan telah didengari, namun tidak dapat disambut kerana telah kehilangan kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Beliau berkata, tindakannya itu selaras dengan sumpah jawatan untuk sentiasa menjunjung, melindungi dan mempertahan Perlembagaan.

Jelasnya, beliau telah melakukan pelbagai ikhtiar hingga ke saat akhir untuk menyelamatkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) setidak-tidaknya sehingga selesai tugas menguruskan pandemik, program vaksinasi dan pemulihan ekonomi.

“Tetapi ikhtiar ini tidak berhasil disebabkan ada pihak yang rakus untuk merebut kuasa daripada mengutamakan nyawa dan kehidupan rakyat. Bagi saya, apa yang berlaku ini adalah ketentuan Allah SWT yang merupakan satu episod dalam sejarah perjuangan politik saya,” katanya dalam perutusan khas, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya