Ramai netizen bertanya, ada lagi ke tapir di Kuala Lumpur?

Ada lagi ke tapir di KL?

TAPIR betina yang berjaya diselamatkan pihak Perhilitan di Kuala Lumpur baru-baru ini. – IHSAN PERHILITAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Usaha murni pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menyelamatkan tapir bukan baharu malahan sering dilaporkan media tempatan.

Namun, hantaran terkini agensi tersebut semalam yang memaklumkan ada seekor tapir berjaya diselamatkan di satu hutan di Kuala Lumpur menjadi tular dalam kalangan warganet.

Ramai pengguna media sosial tempatan kelihatan teruja kerana tidak menyangka ibu negara Malaysia itu masih ada lagi tapir yang tinggal sebagai habitat semula jadi mamalia berkenaan.

“Tapir wujud di KL?” soal netizen bernama Toman Pemburu menerusi ruangan komen akaun rasmi Perhilitan sambil seorang lagi warganet dalam nada sinis bertanya: “KL ada hutan ke?”

Hantaran jabatan itu bahkan menerima hampir 1,200 tanda suka selain puluhan ulasan dan dikongsi ramai pengguna media sosial yang mungkin ‘terkesima’ ada tapir di Kuala Lumpur.

Melalui hantaran tersebut, ia menyatakan bahawa seramai 15 kakitangan Perhilitan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terlibat dalam operasi translokasi atau pemindahan tapir itu.

Haiwan liar betina yang seberat 200 kilogram itu masuk ke dalam perangkap pada 18 Julai lalu dan berada dalam keadaan sihat selain aktif sepanjang operasi pemindahan dijalankan.

Bagaimanapun, Perhilitan tidak menyatakan lokasi sebenar haiwan itu ditemui, namun memberi jaminan pemantauan berterusan dilakukan sehingga dipindahkan ke habitat sesuai.

Agensi tersebut turut memuat naik tiga gambar eksklusif mengenai operasi berkenaan termasuk foto tapir itu kelihatan ‘tersenyum’ ketika memandang ke arah kamera dalam perangkap

Inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak Perhilitan itu menerima pujian dan ucapan tahniah ramai warganet tetapi tidak kurang juga bersimpati dengan nasib kehidupan perit sang tapir tersebut sambil menyifatkan situasi itu berlaku akibat habitat asalnya ‘diceroboh’ manusia untuk projek pembangunan yang sekali gus mengancam populasi hidupan liar mencari makanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya