Abu Samah harap tuah aksi pertama hari ini - Utusan Malaysia

Abu Samah harap tuah aksi pertama hari ini

ABU SAMAH BORHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet tenis kerusi roda negara, Abu Samah Borhan mengharapkan tuah apabila turun berdepan atlet Costa Rica, Gil Jose Pablo dalam aksi pertama Sukan Paralimpik Tokyo hari ini.

Berdasarkan ranking, kelebihan dilihat memihak kepada atlet negara yang kini menghuni tangga ke-44 dunia berbanding Pablo yang berada di kedudukan ke-50.

Jurulatihnya, Muhammad Ashaari Zainal Abidin berkata, prestasi semasa Abu Samah dan rekod pencapaiannya, atlet berusia 36 tahun itu dilihat tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan seterusnya.

Katanya, berbekalkan kejayaan pernah menewaskan pemenang pingat gangsa Sukan Para Asia, Kohei Suzuki dari Jepun ketika aksi di Turki menjadi kekuatan dan pembakar semangat buatnya melakarkan kejayaan gemilang pada temasya kali ini dengan sasaran mara ke kelompok 16 terbaik.

“Abu Samah akan berikan yang terbaik buat negara. Dia seorang atlet yang cukup bersemangat dan tidak kisah siapapun lawannya.

“Jika pemain itu berada dalam kelompok 10 terbaik pun dia akan lawan malah dia juga pernah menewaskan pemain yang berada di ranking ke-20 dunia sebanyak dua kali ketika di Turki Ramadan lalu,” katanya.

Tokyo adalah penampilan kedua Abu Samah di pentas paralimpik dan atlet kelahiran Perak itu berjaya melayakkan diri secara merit berbanding penyertaan pertamanya di Rio atas tiket wild card.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya