Abu Samah buru slot di Paris 2024 - Utusan Malaysia

Abu Samah buru slot di Paris 2024

ABU SAMAH (kanan) mengucapkan syabas kepada Tom Egberink selepas pemain Belanda itu menewaskannya dengan keputusan 0-6, 1-6 pada Sukan Paralimpik 2020 di Gelanggang Tenis Ariake, kelmarin.- IHSAN MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain tenis kerusi roda negara, Abu Samah Borhan akan mengintai peluang untuk melayakkan diri ke Paris 2024 selepas langkahnya di Sukan Paralimpik Tokyo terhenti di pusingan kedua, kelmarin.

Beraksi di Gelanggang Tenis Ariake, Abu Samah tewas di tangan pilihan kelapan dari Belanda, Tom Egberink 0-6, 1-6 dalam tempoh 46 minit.

Atlet berusia 36 tahun itu mengakui, lawannya itu menampilkan aksi lebih konsisten dan agresif berbanding di set pertama.

“Bertemu dengan pemain pilihan di peringkat awal memang sukar, ini sahaja kemampuan saya sebab lawan saya bermain serangan balas yang lebih banyak dalam perlawanan itu.

“Selepas ini saya akan perbaiki permainan saya dan cuba untuk melayakkan diri ke Paris 2024,” katanya

Ini adalah kekalahan ketiga dialami Abu Samah dalam rekod pertemuan dengan Egberink selepas bertemu di suku akhir Terbuka Busan masing-masing pada 2014 dan 2015.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya