Abang tak sengaja tertembak adik - Utusan Malaysia

Abang tak sengaja tertembak adik

KELUARGA mangsa membawa anak mereka ke Hospital Deer River, namun, mangsa gagal diselamatkan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MINNESOTA: Seorang budak lelaki berusia lima tahun tidak sengaja tertembak adik perempuannya berumur tiga tahun di rumah mereka di bandar ini.

Daily Mail melaporkan, kejadian berlaku pada pukul 4 pagi, di Bena.

Pegawai Polis Cass County Sheriff, Tom Burch menyifatkan kejadian itu sebagai satu ‘kemalangan’ dan belum jelas mengenai keadaan yang berlaku di rumah semasa itu atau bagaimana kanak-kanak boleh memegang senjata.

Jelasnya, tiada kanak-kanak yang dinamakan sebagai suspek dan hubungan mereka tidak didedahkan kepada awam serta tiada sebarang pertuduhan jenayah dikenakan.

Keluarga mangsa membawa anak mereka ke Hospital Deer River, namun, mangsa gagal diselamatkan.

Kajian 2019 menunjukkan penyalahgunaan senjata merupakan punca kes kematian kedua tertinggi dalam kanak-kanak dan remaja serta punca kes kematian paling tinggi dalam kalangan murid sekolah menengah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya