60,000 kit saringan kendiri Covid-19 percuma di Selangor - Utusan Malaysia

60,000 kit saringan kendiri Covid-19 percuma di Selangor

AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan memberikan 60,000 kit saringan kendiri Covid-19 secara percuma kepada rakyatnya mulai bulan depan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pemberian kit tersebut dilakukan supaya individu dalam kumpulan sasar dapat mengesan mereka dijangkiti virus tersebut dengan pantas.

“Kit ini akan diagihkan melalui Pusat Khidmat Masyarakat dan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kita akan beri kit kepada mereka yang mempunyai rekod pemeriksaan pengesanan Covid-19 melalui Jabatan Kesihatan Negeri Selangor,” katanya dalam sidang akhbar bagi memaklumkan perkembangan vaksinasi di Selangor secara maya, hari ini.

Sementara itu, Amirudin memaklumkan bahawa sehingga hari ini, sebanyak 5.76 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Selangor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN