5 kakitangan positif Covid-19, Taska Permata Keluarga ditutup - Utusan Malaysia

5 kakitangan positif Covid-19, Taska Permata Keluarga ditutup

NOTIS penutupan Taska Permata Keluarga kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) bermula hari ini hingga 18 Ogos.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Taska Permata Keluarga di Jalan Sultan Omar di sini diarahkan tutup 14 hari berikutan lima kes positif Covid-19 dalam kalangan kakitangannya.

Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Wan Mohd. Zaki Wan Abdullah berkata, penutupan sementara itu berkuat kuasa hari ini hingga 18 Ogos bagi memberi laluan kepada kerja-kerja nyah kuman.

Katanya, arahan penutupan itu adalah mengikut Subseksyen 18 (1), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Daripada jumlah itu, empat merupakan tenaga pengajar manakala seorang lagi penyedia makanan.

“Sehubungan itu, seramai 17 guru di samping 34 kanak-kanak di taska berkenaan diminta menjalani ujian saringan Covid-19,” katanya kepada pemberita hari ini.

Wan Mohd. Zaki berkata, sepanjang tempoh penutupan itu, semua kakitangan diarah bekerja dari rumah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya