Selama 5 jam pindah gajah jantan liar seberat 2.5 tan 

5 jam pindah gajah jantan liar seberat 2.5 tan 

GAJAH jantan seberat 2.5 tan berjaya dibawa naik ke lori di Kampung Basung, Hulu Terengganu. - FOTO/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu mengambil masa hampir lima jam bagi memindahkan seekor gajah jantan liar seberat kira-kira 2.5 tan di Kampung Basung, di sini hari ini. 

Pengarahnya, Dr. Abdul Malek Mohd. Yusof berkata, operasi memindahkan haiwan berkenaan dibantu dua gajah denak betina iaitu Suria dan Deka di samping 25 anggota Perhilitan Terengganu termasuk dari Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka.

Katanya, haiwan dianggarkan berusia 15 tahun yang memusnahkan tanaman penduduk itu berjaya ditangkap di kawasan kebun pada Isnin lalu.

“Operasi menjejak haiwan berkenaan diaktifkan selepas menerima aduan penduduk dan kita percaya ia dalam kumpulan 14 gajah liar yang menceroboh kawasan kebun dan memusnahkan hasil tanaman orang kampung terutama pada musim buah-buahan ini,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pasir Dula, Ton Mohd. Azmi Ton Busu, 50, berkata, ancaman gajah liar sudah berlarutan lama di Kampung Basung dan Pasir Dula, namun makin kerap sejak dua tahun kebelakangan ini.

Katanya, terkini lebih 70 penduduk kerugian antara RM3,000 hingga RM5,000 seorang dalam serangan terbaharu.

“Apa yang kita bimbang ialah kumpulan gajah liar sudah menghampiri kawasan penempatan penduduk dan pada tahun ini, sebanyak dua ekor sudah ditangkap serta dipindahkan Perhilitan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya