34 guru sekolah sukan sertai kursus rawatan, pemulihan - Utusan Malaysia

34 guru sekolah sukan sertai kursus rawatan, pemulihan

AHMAD Saidi Mohammed Daud merasmikan Kursus Certificate in Exercise Medicine secara maya melalui aplikasi Zoom baru-baru ini. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seramai 34 guru dari sekolah Sukan Perak, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang menimba ilmu pengetahuan dalam rawatan dan pemulihan insan secara senaman melalui Kursus Certificate in Exercise Medicine di Akademi Hoki Raja Ashman Shah AHF Ipoh, Sabtu lalu.

Kursus dua hari anjuran Akademi Hoki dengan kerjasama Asia College Exercise & Sports Medicine itu julung kali diadakan.

Perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Saidi Mohammed Daud secara maya melalui aplikasi Zoom.

Ahmad Saidi mengucapkan terima kasih kepada Asia College Exercise & Sports Medicine kerana tampil ke hadapan untuk mengadakan kursus tersebut yang menjadi contoh kepada kolej-kolej swasta lain dalam mengorak langkah berkongsi ilmu dengan semua.

“Ini akan melahirkan lebih ramai guru-guru yang berilmu untuk dipraktikkan di sekolah masing-masing.

“Saya difahamkan kursus ini telah diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dan modulnya telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang merupakan satu inisiatif yang baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya