328 sukarelawan belia sertai misi bantuan bencana kepala air  - Utusan Malaysia

328 sukarelawan belia sertai misi bantuan bencana kepala air 

WASITAH Mohd. Yusof (kiri) menyampaikan sumbangan kepada wakil kakitangan Pejabat Majlis Belia Daerah Yan untuk diserahkan kepada mangsa kepala air di Yan, Kedah, hari ini. - UTUSAN/NUR ANATI JUHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Seramai 328 sukarelawan belia daripada 20 agensi berdaftar dengan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) menyertai misi bantuan bencana aliran puing di sini, sejak 18 Ogos lalu.

Ketua Pengarah JBSN, Datuk Dr. Wasitah Mohd. Yusof berkata, kesemua sukarelawan terlibat terdiri daripada mereka yang sudah lengkap dua dos vaksin dan  berdaftar di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di pejabat daerah.

“Memasuki hari ke-10, sebanyak 37 buah rumah, pejabat dan sekolah seperti di Kampung Setol dan Pejabat Majlis Belia di sini dibersihkan oleh sukarelawan terbabit.

“Kesemua sukarelawan yang datang dari seluruh negara membantu penduduk mengikut jadual diberikan kerana mereka tidak dibenarkan  tinggal di sini yang berstatus zon merah,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa terjejas menerusi wakil kakitangan Pejabat Majlis Belia Daerah Yan, di sini hari ini.

Terdahulu, Wasitah memantau misi membersihkan rumah penduduk di Titi Bakong, di sini.

Tambahnya, setakat ini tiada tarikh tertentu ditetapkan untuk misi bantuan bencana itu tamat dan bercadang akan membantu khususnya penduduk terlibat membersihkan rumah sehingga selesai.

“Selain itu, bantuan keperluan seperti tikar, barang makanan dan peralatan dapur turut disumbangkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan itu sendiri kepada penduduk,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya