3 negeri beralih Fasa 3 PPN - Utusan Malaysia

3 negeri beralih Fasa 3 PPN

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tiga negeri menjadi perintis peralihan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) selepas merekodkan prestasi amat baik iaitu Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa Rabu ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu dicapai menerusi mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung perkembangan pelaksanaan PPN.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan negeri-negeri berkenaan untuk terus mematuhi porsedur operasi standard (SOP) dan peraturan ditetapkan untuk menambah baik situasi pandemik di negeri masing-masing.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan. Saya berharap dengan kerjasama semua pihak di seluruh negara, lebih banyak negeri dapat bergerak ke fasa seterusnya.

“Kita harus optimis dan terus bergerak ke hadapan supaya pemulihan negara dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan selamat,” katanya dalam Facebook beliau hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya