3 kampung kena PKPD akibat kes warga emas bergejala - Utusan Malaysia

3 kampung kena PKPD akibat kes warga emas bergejala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tiga perkampungan dalam Mukim Hulu Cheka di Daerah Jerantut, Pahang bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Isnin hingga 12 September ini meliputi Kampung Batu Balai, Kampung Congo dan Kampung Perlok.

Ia disebabkan Kluster Komuniti Batu Balai berpunca daripada seorang penduduk tempatan bergejala berusia 54 tahun yang positif Covid-19 sebelum menjangkiti 45 orang lain pula.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rodzi Md. Saad berkata, selebihnya di Sabah yang turut dilaksanakan PKPD membabitkan empat lokaliti di Putatan melibatkan Taman Ketiau, Platinum Apartment, Taman Teluk Villa dan Projek Perumahan Rakyat Taman Sri Serigai yang sudah merekodkan sejumlah 1,104 kes aktif wabak tersebut.

“Sementara itu, satu lokaliti di negeri berkenaan disambung lagi PKPD iaitu di Kampung Tuhau, Matunggong, Kudat manakala lapan lagi lokaliti ditamatkan serentak esok seperti dijadualkan setelah dikenakan PKPD sejak 16 Ogos lepas.

“Ia meliputi Kampung Sungai Pukul dan Kampung Muhibbah Raya, Tawau; Kampung Paka Kawiyan dan Kampung Matupang, Ranau; Kampung Sembirai Lebak Engad, Kota Belud; Perumahan Ladang Excellent Challenger 2, Beluran; Blok G, H, K dan L, Megalong serta Kawasan Perbandaran Dongongan Fasa 2, Penampang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, di Pahang pula, satu lokaliti PKPD juga berakhir seperti ditetapkan iaitu Kampung Orang Asli Terisu dari kalangan suku kaum Semai di Pos Terisu dalam Daerah Cameron Highlands, selain Kampung Seberang Sungai Ular, Mukim Sungai Karang, Kuantan tamat lebih awal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya