3 bulan serentak melintasi planet Musytari - Utusan Malaysia

3 bulan serentak melintasi planet Musytari

TANGKAP layar menunjukkan keadaan tiga bulan kelihatan serentak melintasi planet Musytari yang dapat dilihat di rantau Asia Tenggara awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selepas enam tahun berlalu, penduduk Malaysia dan Asia Pasifik sekali lagi dapat menyaksikan fenomena unik lintasan serentak tiga bulan planet Musytari, awal hari ini.

Kejadian alami yang dikenali sebagai ‘Triple Transit’ itu kali terakhir pernah disaksikan secara langsung di rantau ini pada 2015 lalu dan muncul semula sekali lagi pada 2025 kelak.

Menurut kenyataan Balai Cerap Selangor Pejabat Mufti Selangor, fenomena tersebut dapat dilihat menerusi teleskop berkuasa tinggi mulai 12.06 tengah malam sehingga 1.57 pagi tadi.

Pergerakan objek satelit semula jadi planet terbesar dalam sistem suria galaksi Bima Sakti itu bermula seawal pukul 7.20 petang semalam dengan bulan bernama Callisto melintas masuk.

Ini diikuti Ganymede dan Europa iaitu merupakan antara kelompok empat bulan paling besar termasuk Io, yang lazim mengorbit mengelilingi Musytari atau disebut sebagai Galilean Moons.

Saiz bulan-bulan berkenaan malahan jauh lebih besar daripada Utarid, iaitu planet yang paling hampir dengan matahari dan terkecil daripada sembilan planet dalam kalangan sistem suria.

Saintis astronomi merekodkan terdapat sejumlah 79 bulan di lingkungan Musytari yang turut membentuk sistem Jovian dengan Galilean Moons paling menyerlah dapat dilihat agak ketara.

Kelompok empat bulan gergasi itu diambil bersempena dengan nama pakar falak terkenal Itali, Galileo Galilei yang menemui objek tersebut ketika beliau mencerap angkasa pada 1610 lalu.

Bagaimanapun, penampakan situasi transit serentak tiga bulan itu melintasi Musytari atau dalam bahasa Inggeris disebut Jupiter; bergantung dari sudut pandangan kedudukan di bumi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya