293 kematian; 1,054 kes ICU - Utusan Malaysia

293 kematian; 1,054 kes ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 iaitu 19,631 kes berbanding semalam, 19,740 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 16,468 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 293 kematian dicatatkan dengan 1,054 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 525 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 252,147 kes aktif.

Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 5,753 kes diikuti Sabah (2,103), Kedah (1,863), Kuala Lumpur (1,765), Johor (1,309), Pulau Pinang (1,275), Kelantan (1,268) dan Perak (1,101).

“Lima negeri merekodkan kes tiga angka iaitu Sarawak (835), Pahang (670), Melaka (623), Terengganu (498) dan Negeri Sembilan (490).

“Putrajaya pula mencatatkan kes dua angka iaitu 41 kes dan Perlis, 37 kes manakala Labuan, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya