PUTRAJAYA: Malaysia terus mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 22,642 kes berbanding semalam, 20,837 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 20,798 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 265 kematian dicatatkan dengan 1,003 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 490 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 264,292 kes aktif.
Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 6,325 kes diikuti Sabah (3,224), Kedah (2,279), Johor (1,832), Sarawak (1,667), Pulau Pinang (1,427), Kelantan (1,424), Perak (1,390) dan Kuala Lumpur (1,128).
“Empat negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Terengganu (744), Pahang (522), Melaka (342) dan Negeri Sembilan (269).
“Perlis pula mencatatkan 44 kes dan Putrajaya, 21 kes manakala Labuan hanya empat kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.