252 kes kematian hari ini - Utusan Malaysia

252 kes kematian hari ini

SEBAHAGIAN penduduk menunggu giliran untuk menerima suntikan vaksin secara ‘walk-in’ dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak pengurusan ketika tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Arena Axiata Bukit Jalil. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 252 kes kematian Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kes kematian kini mencecah 15,802 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu, sebanyak 22,597 kes baharu dengan 12 kes import, menjadikan jumlah kes Covid-19 sebanyak 1,685,510 kes.

“Kes aktif pula sebanyak 268,548 kes dengan 986 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 451 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Sebanyak 19,492 kes sembuh menjadikan jumlah kes sembuh terkini sebanyak 1,401,160 kes,” katanya menerusi Twitter beliau di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya