KUALA LUMPUR: Dijangka 25 ahli Parlimen UMNO akan menyertai sidang media tergempar yang berlangsung di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pagi ini.
Pemerhatian Utusan Malaysia di pentas sidang media mendapati terdapat 25 tanda sekali gus memberi petunjuk sidang media itu bakal dihadiri 25 orang.
Terdahulu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan menghadiri sidang media tergempar itu yang dikatakan berkenaan sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Satu jemputan media berkenaan sidang media itu disampaikan oleh seorang pegawai menteri kepada media pada pagi tadi.