225 lagi kematian; 1,060 kes ICU - Utusan Malaysia

225 lagi kematian; 1,060 kes ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 22,242 kes berbanding semalam, 19,631 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 19,680 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 225 kematian dicatatkan dengan 1,060 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 540 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 254,484 kes aktif.

Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 6,858 kes diikuti Sabah (2,413), Pulau Pinang (1,867), Kedah (1,852), Kuala Lumpur (1,587), Johor (1,477), Sarawak (1,403), Kelantan (1,351) dan Perak (1,036).

“Empat negeri yang mencatatkan kes tiga angka iaitu Pahang (675), Melaka (579), Negeri Sembilan (577) dan Terengganu (487).

“Satu negeri dan wilayah merekodkan kes dua angka iaitu Perlis (50) dan Putrajaya (25) manakala hanya Labuan mencatatkan lima angka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya