PETALING JAYA: Jumlah kes harian jangkitan Covid-19 hari ini menurun kepada 21,468 kes berbanding semalam iaitu 21,668 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih mencatatkan kes tertinggi dengan 7,449 kes diikuti Kuala Lumpur (2,183) dan Kedah (1,807).
Berikut pecahan kes setiap negeri:
Selangor – 7,449
WPKL – 2,183
Johor – 1,485
Sabah – 1,654
Sarawak – 715
Negeri Sembilan – 974
Kedah – 1,807
Pulau Pinang – 1,316
Kelantan – 1,088
Perak – 940
Melaka – 723
Pahang – 572
Terengganu – 440
WP Labuan – 6
WP Putrajaya – 66
Perlis – 50