2 pelumba negara lepas halangan awal - Utusan Malaysia

2 pelumba negara lepas halangan awal

Azizulhasni Awang melepasi pusingan kelayakan individu di kedudukan ke-17 selepas melakukan catatan masa 9.626s.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua pelumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sharom berjaya melepasi pusingan kelayakan acara pecut individu di Velodrom Izu, sebentar tadi.

Kedua-dua mereka berjaya melayakkan diri ke pusingan seterusnya selepas berada dalam kelompok 24 pelumba terbaik.

Dalam perlumbaan itu, Azizulhasni berada di kedudukan ke-17 dengan catatan masa 9.626s manakala Shah Firdaus berada di kedudukan ke-23 dengan catatan 9.700s.

Perlumbaan itu meyaksikan Jeffrey Hoogland dari Belanda mencipta rekod Olimpik baharu dalam acara itu dengan catatan masa 9.215s memecahkan rekod Jack Carlin dari Great Britain dengan masa 9.306s dalam perlumbaan sama.

Jason Kenny yang juga pemenang pingat emas di Rio 2016 dan London 2102 juga melayakkan diri di tempat kelapan dengan catatan 9.510s.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya