PETALING JAYA: Jangkitan Covid-19 kembali meningkat menghampiri 20,000 kes hari ini apabila mencatatkan 19,991 kes berbanding semalam.
Semalam, Malaysia mencatatkan 17,236 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kembali meningkat dengan 7,338 kes diikuti Kuala Lumpur (2,374 kes) dan Kedah (1,830 kes).
Berikut pecahan kes setiap negeri:
Selangor – 7,338
WPKL – 2,374
Johor – 1,344
Sabah – 1,383
Sarawak – 836
Negeri Sembilan – 564
Kedah – 1,830
Pulau Pinang – 743
Kelantan – 1,030
Perak – 953
Melaka – 578
Pahang – 539
Terengganu – 378
WP Labuan – 1
WP Putrajaya – 76
Perlis – 24