PETALING JAYA: Sebanyak 19,807 kes positif baharu dilaporkan hari ini, berbanding 22,262 kes yang dicatatkan semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 5,379 kes diikuti Sabah dengan 2,638 kes, Kedah (1,948 kes), Sarawak (1,772 kes), Pulau Pinang (1,501 kes), Johor (1,391 kes) dan Kelantan, 1,196 kes.
Kuala Lumpur pula mencatatkan 999 kes, Perak (703 kes), Pahang (598 kes), Melaka (558 kes(, Terengganu (534 kes) dan Negeri Sembilan (508 kes).
Hanya tiga kawasan mencatatkan kes dua digit iaitu Perlis dengan 54 kes, Putrajaya (24 kes) dan Labuan (4 kes).