174kg jambu batu dari Thailand dirampas - Utusan Malaysia

174kg jambu batu dari Thailand dirampas

SEBAHAGIAN daripada jambu batu yang dirampas oleh Maqis di ICQS, Bukit Kayu Hitam, Rabu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) gagalkan cubaan membawa masuk 174 kilogram (kg) jambu batu dari Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini, Rabu lalu.

Rampasan dilakukan hasil pemeriksaan rutin ke atas sebuah lori dari Thailand yang memasuki negara ini pada pukul 6.30 petang.

Pengarah Maqis Kedah, Lily Rosalind Paul berkata, pemeriksaan ke atas lori itu mendapati bekalan jambu batu tersebut bernilai RM263 tidak mempunyai sijil Perakuan Pematuhan (CoC).

“Perbuatan mengimport tanpa sijil tersebut adalah menjadi satu kesalahan dan Maqis bertindak merampas dagangan tersebut untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Kesalahan itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya