1,000kg daun bawang tanpa permit dari China dirampas - Utusan Malaysia

1,000kg daun bawang tanpa permit dari China dirampas

DAUN bawang seberat 1,000kg tanpa permit dari China yang cuba dibawa masuk berjaya ditumpaskan di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Iskandar Puteri, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Tindakan tidak bertanggungjawab pengimport yang cuba membawa masuk sayur-sayuran segar bernilai RM5,184.97 tanpa permit dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).

Perbuatan terbabit dikesan Maqis Johor ketika melakukan pemeriksaan di Pelabuhan Tanjung Pelepas, pada pukul 3 petang semalam.

“Hasil pemeriksaan rutin dijalankan, pegawai penguatkuasa Maqis menemukan 100 kotak sayur berisi daun bawang seberat 1,000 kilogram (kg) bernilai RM5,184.97 yang cuba dibawa masuk tanpa permit import.

“Modus operandi yang digunakan adalah dengan meletakkan daun bawang bersama pelbagai jenis sayur lain yang mempunyai permit import bagi mengelirukan pegawai pemeriksa,” kata Maqis dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sayur-sayuran segar berkenaan yang cuba dibawa masuk ke negara ini dari China ditahan untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya,” tambah kenyataan itu.

Sehubungan itu, Maqis menasihati semua pengimport dan pengeksport agar mengikut peraturan ditetapkan kerajaan bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan serta jaminan keselamatan makanan Malaysia terpelihara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya