Zii Jia 'tunggu' Chen Long esok - Utusan Malaysia

Zii Jia ‘tunggu’ Chen Long esok

Lee Zii Jia eraih kemengan mudah ke atas Brice Leverdez dalam saingan terakhir Kumpulan M.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia mengesahkan pertemuan dengan pemenang pingat emas Rio 2016, Chen Long dalam aksi kalah mati Sukan Olimpik Tokyo 2020 esok.

Kejayaan itu hadir selepas pemain berusia 23 tahun itu menang 21-17, 21-5 ke atas pemain berpengalaman Perancis, Brice Leverdez dalam saingan terakhir Kumpulan M di Musashino Forest Sport Plaza sebentar tadi.

Zii Jia bagaimanapun dipaksa bekerja keras untuk mendapatkan rentak permainan di set pertama  selepas Leverdez tidak memberi ruang kepada pemain muda negara itu melakukan serangan.

Bagaimanapun pada set kedua, Leverdez sekadar mampu memulangkan pukulan dan mengikut rentak permainan pemain kelahiran Alor Setar tersebut dan akur dengan ketangkasan Zii Jia.

Sejurus tamat permainan, Zii Jia berkata, dia bersedia untuk berdepan Chen Long, selain menyuarakan rasa terkejut dengan kekalahan pemain No. 1 dunia, Kento Momota dari Jepun 15-21, 19-21 kepada pemain Korea Selatan, Heo Kwang-hee.

CHEN Long menewaskan pemain veteran Sepanyol, Pablo Albian untuk mara ke peringkat kalah mati Sukan Olimpik 2020. – AFP

Zii Jia mengakui, sebelum ke gelanggang dia agak risau akan menjadi mangsa tetapi dia mengambil keputusan untuk menikmati permainan.

Katanya, dia sangat menghormati Chen Long dan tidak sabar untuk bertemu sekali lagi dengan jaguh China itu untuk mencari kemenangan.

“Dia adalah idola saya, rekod pertemuan kami 2-2, apabila saya lawan dia memang akan sampai rubber-set, jadi saya memang tidak sabar untuk lawan dia esok,” katanya.

Dalam pada itu, Chen Long mengesahkan aksi kalah mati selepas menang 21-11, 21-10 ke atas pemain veteran Sepanyol, Pablo Albian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya