Zii Jia bawa Jalur Gemilang di Tokyo - Utusan Malaysia

Zii Jia bawa Jalur Gemilang di Tokyo

LEE Zii Jia perlu siapkan diri bagi menghadapi Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan SEA akan menjengah tahun ini, manakala Sukan Olimpik menanti di Paris pada 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengesahkan perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia akan membawa Jalur Gemilang menggantikan Khairul Anuar Mohamad dari sukan memanah di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang mempengerusikan Mesyuarat Eksekutif Ahli Lembaga Pengarah memberitahu, perkara itu diberikan pertimbangan selepas Khairul meminta agar dikecualikan kerana acaranya bermula pada hari perasmian.

“Kami bersetuju untuk mencadangkan Lee Zii Jia sebagai pembawa Jalur Gemilang pada temasya Tokyo 2020.

“Pemain berusia 23 tahun itu merupakan antara atlet yang akan berada di Tokyo semasa hari perasmian dan dia akan mewakili generasi atlet muda dan harapan untuk menyumbang pingat,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Zii Jia sangat gembira kerana diberi peluang untuk membawa Jalur Gemilang di Sukan Olimpik Tokyo 2020 bagi menggantikan Khairul Anuar semasa hari perasmian.

Zii Jia akan bergandingan bersama Goh Liu Ying untuk membawa Jalur Gemilang di Tokyo.

Dia memberitahu, perkara ini adalah satu penghormatan buat dirinya kerana akan menjadi pembawa bendera di temasya sukan terbesar dunia.

“Sudah pasti perkara ini akan menjadi pembakar semangat untuk saya beraksi cemerlang di Tokyo. Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk Malaysia.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada MOM (Majlis Olimpik Malaysia), Tan Sri Mohamad Norza (Zakaria), MSN (Majlis Sukan Negara) dan BAM (Persatuan Badminton Malaysia) kerana memberi saya peluang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya