Zahid akhirnya mengaku rakaman audio suaranya, surat sokong Anwar - Utusan Malaysia

Zahid akhirnya mengaku rakaman audio suaranya, surat sokong Anwar

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui suara di dalam rakaman telefon yang tular bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini adalah suaranya.

Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, menurut sumber dari seorang Majlis Tertinggi UMNO, Presiden parti membuat pengakuan itu semasa pertemuan bersama dengan ahli-ahli Parlimen UMNO di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia di ibu negara, semalam.

“Selain keputusan mesyuarat yang menolak cadangan menarik semula sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), beliau (Ahmad Zahid) mengaku itu suaranya dalam perbualan bersama Anwar yang viral tidak lama dahulu. Beliau kata Anwar yang hubunginya.

“Ahmad Zahid juga mengaku telah menandatangani surat menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri,” dakwanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, kira-kira 29 ahli Parlimen UMNO mengadakan pertemuan di Wisma Perwira membincangkan isu keluar dari Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang turut dihadiri Ahmad Zahid dan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya