Yayasan JCorp bantu pelajar keluarga B40 sambung pengajian - Utusan Malaysia

Yayasan JCorp bantu pelajar keluarga B40 sambung pengajian

NUR Qistina Aiman Mohammed Amran bersama bapanya antara penerima Bantuan Awal Pendidikan sumbangan Yayasan JCorp bagi membiayai kos awal kemasukan ke Universiti Teknologi MARA Melaka dalam bidang Sarjana Muda Sains Pentadbiran di Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Peka dengan nasib pelajar daripada keluarga dalam kalangan B40, Johor Corporation (JCorp) melalui Yayasan JCorp tampil memperkenal inisiatif Bantuan Awal Pendidikan.

Pengerusi Yayasan JCorp, Rozaini Mohd. Sani berkata, inisiatif tersebut diperkenal bagi membantu mengurangkan bebanan perbelanjaan ibu bapa serta penjaga terhadap tanggungan semasa pendaftaran anak mereka ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Menurut beliau, bantuan itu diberikan sementara pelajar menunggu pinjaman pendidikan dan biasiswa yang diluluskan.

“Inisiatif Yayasan JCorp ini menyasarkan penerima dalam kumpulan keluarga B40 dengan purata pendapatan isi rumah di bawah RM800 berdasarkan jumlah tanggungan keluarga.

“Bantuan terbuka kepada pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke peringkat Sijil dan Diploma serta Sarjana Muda dan Sarjana sepenuh masa dengan masing-masing layak menerima sebanyak RM700 dan RM1,000 setiap seorang,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Sejak dilancar pada 2017 sehingga Jun tahun ini, seramai lebih 800 pelajar dari seluruh negara telah menerima manfaat menerusi Bantuan Pendidikan Yayasan JCorp melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM330,000. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya