"Yang tidak mahu ambil vaksin, duduk diam-diam”- Ayda Jebat ajar kemaskini MySejahtera - Utusan Malaysia

“Yang tidak mahu ambil vaksin, duduk diam-diam”- Ayda Jebat ajar kemaskini MySejahtera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat memaklumkan kepada orang ramai agar mengemaskini aplikasi MySejahtera untuk penerimaan vaksin dengan langkah-langkah yang betul.

Menerusi Instagram Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, bagi memudahkan pembaca, dia menjelaskan dengan menunjukkan gambar yang sudah disunting.

“Assalamualaikum semua. Hari itu saya kongsi di Instagram Story mungkin ramai tidak sempat tengok. Saya baru selesai suntingkan cara-cara ini untuk anda semua.

“Saya tidak dibayar untuk muat naik benda ini, bukan reviu berbayar ya. Saya kongsi apa yang saya buat dan berjaya dapatkan vaksin. Bismillah, Selamat mencuba!

“Tag kawan dan famili anda semua di bawah perkongsian saya ini. Yang dah buat dan sudah dapat tarikh temu tolong komen juga ya! Bagi semangat. Yang tidak mahu ambil vaksin, duduk diam-diam,” ujar pelakon Dekatkan Jarak Kita itu.

Hasil tinjaun Utusan Malaysia pada ruangan komen perkongsian oleh penyanyi Parah Parah itu, majoriti pengikut dan peminatnya berterima kasih kerana informasi yang dikongsikan telah berjaya.

Terdahulu Ayda sudah mendapatkan dos vaksin pertama pada 8 Julai lalu bertempat di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid (SPCC).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya