LONDON: Jika England mendapat sorakan padu hampir 60,000 penonton di Stadium Wembley pada final Euro 2020 esok, Itali pula menerima sokongan ‘Eropah’ dalam misi merangkul kejuaraan pertama sejak 1968.
Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) menyatakan sokongan kepada Azzurri untuk mengagalkan misi Three Lions memburu gelaran Eropah pertama
Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen adalah warga Jerman, namun dia memilih Itali akan menewaskan England.
“Jiwanya bersama Azzurri, jadi beliau akan menyokong Itali dalam perlawanan akhir nanti,” kata jurucakap Der Leyen, Eric Mamer.
Turut sama menyokong Itali adalah Presiden Majlis Eropah, Charles Michel biarpun pasukan negaranya, Belgium disingkirkan oleh anak-anak buah Roberto Mancini pada suku akhir.
“Beliau akan bersorak untuk Azzurri dalam final nanti,” kata jurucakap Mamer, Barend Leyts.
Ini adalah kejohanan besar pertama yang disertai Britain sejak keluar dari EU dan keputusan untuk menganjurkan separuh akhir dan final di Wembley turut mencetus kontroversi.
Jumlah kes Covid-19 yang meningkat di England menyebabkan EU pernah mencadangkan kepada badan bola sepak Eropah, UEFA agar saingan itu dipindahkan ke
Munich, bahkan ke Rom, di mana keadaan lebih terkawal. – AGENSI