Wanita ditemuikan rentung separuh badan - Utusan Malaysia

Wanita ditemuikan rentung separuh badan

KEADAAN sebuah rumah yang terbakar di Kampung Bohor, Jalan Hutan Kampung, Alor Setar, Kedah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR:  Seorang wanita berusia 50 tahun maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Bohor, Jalan Hutan Kampung di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 10.32 pagi.

Katanya, sebaik sahaja tiba di lokasi, kebakaran didapati melibatkan sebuah rumah setingkat melibatkan seorang mangsa.

“Mangsa  ditemukan dalam keadaan rentung separuh badan di dalam bilik air,” katanya di sini hari ini.

Katanya, penilaian awal kemusnahan rumah akibat kebakaran adalah 80 peratus yang turut melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira dan dua buah motosikal. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya