SINGAPURA: Seorang wanita di negara ini mengalami pengalaman ngeri lagi menjijikkan apabila telah ‘mengunyah’ gaji manusia yang terdapat dalam fish and chip yang dipesannya.
Wanita itu telah membeli fish and chip itu dari sebuah restoran di Hougang Avenue.
Wanita yang tidak disebutkan namanya itu menceritakan, mulanya ia bersama seorang teman memesan menu fish and chips di sebuah restoran terkenal.
Setelah menerima makanan tersebut, ia pun mulai memakan dimulai dengan beberapa potong kentang goreng.
Kemudian ia melanjutkannya dengan mamakan ikan goreng yang dibaluti tepung.
Ketika dia makan ikan tersebut, giginya terasa mengunyah sesuatu benda yang keras.
Dia meludahkan benda keras itu dan temannya menunjukkan bahawa ia kelihatan seperti gigi manusia yang sudah berubah menjadi kuning.
Wanita itu telah berkongsi gambar fish and chip bersama gigi tersebut di facebooknya pada 6 Julai.
Namun sekarang dia telah memadamkan hantaran tersebut kerana telah menerima ganti rugi dan permintaan maaf dari pemilik restoran berkenaan.
Sebelum memadam hantaranya, wanita itu mengatakan bahawa dia melihat sesuatu yang aneh pada gigitan kedua makanannya.
Dia kemudian mengembalikan makanan tersebut dan ditawarkan makanan lain sebagai gantinya, namun dia berkeras mahukan wangnya dikembalikan.
Wanita itu mengatakan bahawa kaki tangan restoran itu terkejut dengan penemuan tersebut dan mereka segera bertindak mengembalikan wangnya.
Sementara itu, pemilik itu telah menghubungi wanita itu untuk meminta maaf dan mengatakan akan melakukan siasatan dalaman berhubung insiden berkenaan.
Dia mengatakan gigi itu bukan milik dua kakitangannya yang bertugas ketika itu.
Pemilik restoran memberitahu, dia mengesyaki kemungkinan ada unsur sabotaj untuk memburukkan imej restorannya.