JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) percaya berkemungkinan berlaku jangkitan Covid-19 membabitkan varian yang membimbangkan (VOC) yang dilaporkan di sebuah kilang elektronik di Tanjung Agas, Muar.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, ia disebabkan bilangan kes kematian yang dilaporkan adalah tinggi yang melibatkan 13 pekerja setakat ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, setakat ini belum ada pengesahan melalui ujian makmal yang dibuat setakat ini namun mengesahkan insiden yang berlaku di kilang elektronik berkenaan seperti yang tular di media sosial membabitkan Kluster Persiaran Agas.
“Kluster Persiaran Agas diisytiharkan pada 9 Julai lalu membabitkan pekerja daripada sebuah kilang elektronik pembuatan semi konduktor di Tanjung Agas. Sehingga semalam, jumlah kes yang dilaporkan di dalam kluster ini adalah sebanyak 462 kes dengan sejumlah 13 kematian dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – ONLINE DONE