LONDON: Crystal Palace akan melantik Patrick Vieira sebagai pengurus baharu mereka menggantikan Roy Hodgson.
Bekas pemain berusia 45 tahun itu akan tiba di London hari ini dan pengumuman akan dibuat kemudian.
Vieira dilaporkan sudah menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Palace.
Bintang Perancis itu akan menjadi ketua jurulatih skuad utama buat kali pertama di England selepas mengendalikan OGC Nike dan New York City FC.
Viera dijangka melakukan perubahan dalam barisan kejurulatihan Palace dengan membawa masuk lebih ramai orang muda.-AGENSI