Van Dijk kembali untuk aksi persahabatan - Utusan Malaysia

Van Dijk kembali untuk aksi persahabatan

Pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk kembali beraksi selepas hampir setahun berehat menjalani pembedahan akibat kecederaan lutu yang dialami sewaktu menentang Everton, Oktober tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk kembali untuk kali pertama dalam aksi persahabatan, semalam selepas mengalami kecederaan panjang.

Pemain berusia 30 tahun itu mengalami kecederaan lutut ketika beraksi menentang Everton, Oktober tahun lalu.

Dia kemudiannya terlepas keseluruhan aksi musim lepas berama Liverpool dengan kelab itu kehilangan status sebagai juara Liga Perdana Inggeris selain terlepas aksi Euro.

Van Dijk dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-69 ketika Liverpool tewas 3-4 kepada Hertha Berlin.

“Susah untuk saya gambarkan perasaan saya, paling penting saya rasa syukur kerana menerima sokongan daripada ramai pihak.

“Rakan sepasukan memberikan saya tenaga untuk saya melangkah terus. Sokongan penyokong dan paling penting keluarga kerana tanpa mereka saya tidak akan berada di sini,” katanya di laman Twitter selepas tamat perlawanan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya