MALAUCENE, Perancis: Pelumba Belgium, Wout van Aert berjaya memenangi perlumbaan paling mendebarkan Tour de France di peringkat ke-11 yang membabitkan dua pendakian di Mont Ventoux.
Sementara itu, pendahulu keseluruhan, Tadej Pogacar mengekalkan jersi kuning dengan kelebihan lebih lima minit berbanding pencabarnya.
Van Aert yang mewakili pasukan Jumbo Visma melepasi garisan penamat di kemuncak ‘the Giant of Provence’ dengan memakai jersi juara Belgium miliknya dalam perlumbaan yang berlangsung dalam cuaca agak panas.
“Ramai rakyat Belgium di sini. Ini adalah kemenangan terbaik saya,” kata Van Aert, sambil menghalakan telinga ke arah penyokong yang bersorak.
Di kawasan pendakian ikonik itu yang menyaksikan Tom Simpson meninggal dunia pada 1967 serta Eddy Merckx, Marco Pantani dan Chris Froome melakukan pendakian untuk muncul juara, usaha Van Aert memang membanggakan.
Di belakangnya adalah akan sepasukan, Jonas Vingegaard yang menduduki tempat tiga teratas selepas melintasi garisan bersama kumpulan kecil membabitkan Pogacar, Rigoberto Uran dan Richard Carapaz.
Pogacar mendahului pelumba Colombia, Uran daripada pasukan EF Education dengan 5 minit 18 saat; pelumba Denmark, Vingegaard di tempat ketiga yang ketinggalan 14 saat manakala pelumba Ecuador, Carapaz di tempat ketiga.
Vingegaard meninggalkan Pogacar kira-kira 3 kilometer terakhir di pendakian kedua sebelum kumpulan membabitkan pelumba Slovenia itu berjaya mendekatinya semula ketika laluan menurun sejauh 25km. – AFP