UTM lantik OKU ke jawatan Pengarah - Utusan Malaysia

UTM lantik OKU ke jawatan Pengarah

MUHAMMAD Najib Razali yang berkerusi roda ketika membuat lawatan tapak bersama penyelidik dari Jerman dan Brazil semasa membentangkan kertas kerja penyelidikannya di Eindhoven University of Technology, Belanda.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melantik seorang individu orang kurang upaya (OKU) sebagai Pengarah Harta Tanah di Fakulti Alam Bina dan Ukur universiti berkenaan bermula 1 Julai lalu.

Universiti itu dalam satu kenyataan memberitahu, Dr. Muhammad Najib Razali yang memegang jawatan tersebut selama tiga tahun adalah  individu OKU pertama dilantik mengisi jawatan berkenaan sejak jabatan itu diwujudkan pada 1973.

Kenyataan itu memberitahu, pelantikan berkenaan adalah pengiktirafan pihak universiti untuk golongan OKU bukan sahaja di UTM malah di Malaysia.

“Pelantikan ini juga membuktikan golongan OKU mampu berdikari dalam dunia akademik dan profesional sehingga diberi kepercayaan mengetuai jabatan bertanggungjawab melahirkan profesional dalam bidang harta tanah terutama.

“Cabaran semasa di alaf 21 adalah dijangkakan lebih getir dalam bidang harta tanah terutama dalam menghadapi cabaran pandemik, kegawatan ekonomi serta revolusi industri 4.0,” jelas kenyataan itu hari ini.

Muhammad Najib kehilangan kaki kanan akibat jangkitan bakteria dikenali sebagai Necrotizing Fasciitis pada tahun 2010 ketika sedang menjalankan pengajian Doktor Falsafah di Sydney, Australia.  

Beliau mempunyai kelayakan Doktor Falsafah dalam bidang Ekonomi dan Kewangan Harta Tanah dari Western Sydney University, Australia selain turut merupakan alumni UTM di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang pengurusan harta tanah. 

Tambah kenyataan itu, keterbatasan pergerakan tidak menghalang Muhammad Najib memberikan ceramah akademik di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) seluruh negara.  

“Beliau juga merupakan ahli panel pakar dalam Jawatankuasa Koordinator Dana Penyelidikan Harta Tanah (NAPREC), Kementerian Kewangan.

“Tidak hanya aktif di peringkat nasional, Muhammad Najib juga aktif di peringkat global dan telah dilantik sebagai pensyarah jemputan di Virginia Tech University, Amerika Syarikat serta menjadi penasihat Doktor Falsafah di Universidade de Evora, Portugal. 

“Beliau juga dijemput menjadi panel luar untuk peperiksaan Doktor Falsafah di Queensland University of Technology dan RMIT University di Australia,” tambah kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya