Usahawan mikro mampu diperkasa melalui PIK - Utusan Malaysia

Usahawan mikro mampu diperkasa melalui PIK

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 1,000 usahawan mikro dijangka dapat meningkatkan sebanyak 30 peratus daripada pendapatan asal menjelang penghujung tahun ini, melalui program Permerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (Pupuk). 

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, program yang diumumkan Perdana Menteri adalah bagi mendorong usahawan mikro beralih kepada pendigitalan yang dikoordinasikan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melibatkan usaha pelbagai agensi. 

Katanya, usahawan mikro merupakan tonggak ekonomi negara penting, berupaya menyediakan peluang pekerjaan dan menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

“Pupuk bakal memanfaatkan 800,000 usahawan mikro pada tahun 2025 dan sebagai permulaan, program Pupuk @ Shopee dilaksanakan pada 29 Jun lalu di Pusat Internet Komuniti (PIK) dengan terdapat 545 usahawan mikro mengikuti program melalui platform e-dagang ini.

“Bagi menjayakan Pupuk, PIK sesuai dijadikan titik sentuhan utama program yang mampu mewujudkan peluang pekerjaan kepada orang ramai. 

“Dalam usaha mempercepat lagi usaha ini, PIK bakal melantik 600 orang Rakan Pupuk mulai tahun ini sehingga 2025 yang menyasarkan Rakan PUPUK dilantik untuk 40 PIK dan akan ditambah 40 lagi setiap suku tahun,” katanya pada sesi libat urus dengan pengurusan PIK secara maya hari ini. 

Saifuddin berkata, SKMM juga memulakan program Pupuk @ AEON yang membuka peluang kepada 100 usahawan mikro melalui PIK untuk menjual produk mereka di pasar raya AEON secara fizikal dan atas talian tidak lama lagi. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya