NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden sedang mempertimbangkan hukuman bagi penyalah gunaan marijuana pelari pecut, Sha’Carri Richardson dengan menyatakan ‘undang-undang tetap undang-undang’.
Agensi Anti-Doping AS (USADA) mengesahkan atlet itu digantung selepas didapati positif marijuana selepas memecahkan rekod kebangsaan 100m wanita.
Acara 100m wanita di Olimpik Tokyo akan bermula 30 Julai, dua hari selepas penggantungan Rchardson tamat.
“Undang-undang tetap undang-undang dan semua tahu hukuman yang dikenakan. Sama ada ia akan berubah atau tidak itu tidak pasti tetapi undang-undang tetap sama,” kata Biden.
Donald Trump Jr. menggesa agar dia dibenarkan bertanding kerana marijuana adalah kesalahan kecil dalam sukan.
“Biar dia bertanding kerana ramai tahu bahawa marijuana tidak menjadikan seseorang itu pantas,” katanya.
Marijuana adalah bahan terlarang di dalam USADA dan Richardson menggunakannnya di luar musim pertandingan, jadi dia perlu menjalani sesi kaunseling.-AGENSI