PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi terkenal, Naim Daniel, menyeru orang ramai dan pengikutnya untuk bersama-sama membantu pemain gitar lagenda, Man Kidal, yang kini diuji dikala penularan pandemik Covid-19 yang menjejaskan pendapatan sekeluarga.
Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu Sumpah itu turut meminta semua pihak agar mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga yang kini sedang bertarung menentang virus Covid-19.
“Sama-sama kita doakan kesejahteraan Uncle Man Kidal sekeluarga yang sedang bertarung menentang Covid-19,” coretnya ringkas.
Dalam pada itu, Naim juga berkongsi nombor akaun bank kepada semua pihak yang ingin menyalurkan bantuan buat pemain gitar terkenal itu. Orang ramai boleh salurkan bantuan menerusi akaun Bank Islam isterinya, Norlaila Yusof, 12216020195177.
Lanjutan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Man Kidal juga antara anak seni yang diuji yang dengan masalah kesempitan hidup ekoran tiada persembahan yang dibenarkan.
Sebelum ini, dia dan isterinya dijangkiti virus Covid-19 itu setelah disahkan anak bongsunya, Nur Syahirah Rahman, isnin lalu.